~ kako no kioku~ Recollection of the past

Wednesday, December 12, 2007

How to avoid thiefs...? *rofl*

Hermm.. really feel weak nowadays.. with all the personal problems that keeps coming and coming... ~_~ I don't have the will to do anything.. I feel lazy.. I feel like I wanna shut myself in da room and sleep all days, all times.. forgetting all the problems.. but I know they won't be happening.. *sigh* people without problems (even a single problem) are crazy... orly?? wow....

heh.. I'll try not to make my blog too emo.. Now just wanna share with you some things I got from somewhere (originally it's written in my language and I'm lazy to translate it into English.. lolz who's gonna read it anyways XP )

lolz I laughed at the 'additional part' of every tip~ XP



Tips Menghalang Kecurian.


1. Jangan biarkan anak-anak (in case famili la ni) tidur di ruang tamu seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
[+] Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
[+] Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas) , jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun)
[+] Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas ( jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
[+] Alamat mak bapak tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama)
[+] Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).
[+] Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!
[+] ... .dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala)
[+] Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.
[+] Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
[+] Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
[+] Selain hafal nombor tu pastikan jugak kredit ada (untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
[+] OK ni!

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.
[+] Timer!!!

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
[+] Jiran pun boleh jadi pencuri.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.
[+] Kalau dah area tu kerap ada kecurian, apa lagi pindah jer lahh!

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur ( sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
[+] Jom lambatkan pencuri!

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
[+] Sebelum kunci pastikan pencuri tu belum lagi masuk bilik!

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
[+] Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti!

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/peti surat/ alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.
[+] Ok! Ok! supaya senang pencuri tanya kat jiran ade tak kunci umah ni

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar 'padlock' baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
[+] Nak lagi confident, tukar gril dan pagar baru!nak lagi konfident tukar pintu baru..




Tips menghalang kecurian di kolej.... (lolz!! )

1) Sebelum pergi kelas, pastikan komputer anda atau subwoofer anda dihidupkan dengan volume yg kuat... kalau boleh satu blok dengar... Ini utk memberikan gambaran yg tuan bilik ader dalam bilik walaupun korg gi kuliah.

2) Jangan ajak kawan2 korang nyer kawan2... punya kawan2... sampai ader yg korang tak kenal masuk ke dalam bilik korang... seelok-eloknya kawan2 korang pun korang halau...

3) ader kolej yg pintunyer boleh dibukak oleh org2 tertentu... walupun bukan pihak pengurusan... Korang beli Solex barang 5 ke enam buah... solexkan dari atas ke bawah...

4) Klu korang ader laptop, pastikan anda membawa ke mana2 walaupun ketika pergi mandi... kerana ada org yg boleh mengesan laptop...

5) Upahlar rakan korang jaga bilik korang tu... walaupun ader kelas, tapi kata kat kawan korang tu yg menjaga bilik lebih penting dari kuliah.

6) Jgn bagi kunci pendua bilik korang kat kawan2... seelok-eloknyer sorokkan kat dalam loker ker.. bawah tilam ker... in kes kalau kunci korang hilang, korang dah ader kunci spare... tp
kalau kunci betol hilang pastu duk kat luar nak masuk bilik & room mate x balik lg, macam mana ye nak ambik kunci spare tu? Pcahkan lar dulu pintu tuh...

7) Letak Anjing atau paling bagus Harimau belang dalam bilik korang... konfirm takder pencurik yg boley curik...

8) Tempah alarm siap dengan GPRS trus ke handset anda... lagi bagus kalau siap ngan CCTV... boleh cam saper pencurik tu..

9) Buat jerangkap samar dalam bilik korang... lagi bagus kalau siap ader periuk api lagi... hahaha

10) Ni yg paling mudah... Duduk luar, jadi MLK. Secara otomatisnya korang tak kena curik dalam kolej kediaman, kalau pencurik masuk, tu dah dikira sbgai kecurian di rumah... ha...haaa




lolz lawak penawar tensen.. lolz

1 comments:

xanseviera said...

dalam lawak2 punyer mesej tu~ memang agak menakotkan gak.. cara nak elakkan kes kecurian kat rumah tu huhuhuu..>.<

dah lama tak dengar perkataan solex~! XD